12 Dis 12 : Pegawai TUDM Mencipta Nama Dalam Kursus Pemerintahan Dan Staf Malaysia (KPSM)

KUALA LUMPUR, 12 Dis 12 – Mej Mahadi bin Shukor TUDM telah menerima Anugerah Peserta Kursus Tempatan Terbaik Keseluruhan dan Peserta Kursus Tempatan Terbaik Pengajian Ketenteraan. Beliau yang merupakan penuntut Kursus Pemerintahan Dan Staf Malaysia (KPSM), Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) telah mencipta sejarah apabila menjadi Pegawai TUDM pertama menerima anugerah berkenaan dan menerima dua anugerah serentak. Majlis Penyampaian Diploma KPSM Siri 41/2012 telahpun disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dewan Bankuet Wisma Perwira ATM Kementerian Pertahanan.

 

//