10 Ogos 12 : Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron Siri 76/12

TANJUNG BUNGAH, 10 Ogos 12 – Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron Siri 76/12 telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM bertempat di Dewan Khalid Al-Walid, Sekolah Ikhtisas Tentera Udara. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM dan AKS Kejuruteraan, Brig Jen Dato’ Hj Ab Razak bin Mohd Khairan TUDM serta wakil Dekan USM Datin Dr Joriah binti Muhammed.

Dalam majlis tersebut, YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara telah menyampaikan sijil Kursus Pegawai Skuadron manakala wakil Dekan USM telah menyampaikan Sijil Research Methodology  kepada penuntut kursus. Sebelum majlis penyampaian sijil, satu pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh penuntut kursus yang bertajuk Information Warfare.

 Kursus yang bermula pada 9 Mei 12 dan berakhir pada 15 Ogos 12 telah dihadiri oleh 32 orang penuntut termasuk dua orang dari negara Filipina dan Indonesia. Mej Ahmad Azizi bin A. Aziz TUDM dari No 19 Skn telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik bagi Kursus Pegawai Skuadron Siri 76 /12. Manakala tempat kedua disandang oleh penuntut luar negara iaitu Capt Renee Faye P Montenegro dari Filipina dan tempat ketiga disandang oleh Kapt Mohd Ijas bin Saidun Zubir TUDM dari MOU-JKO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>