KUALA LUMPUR, 1 Ogos 12 – Satu Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan TUDM telah diadakan bertempat di Eagle Nest pagi tadi. Majlis tersebut disempurnakan sendiri oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara. Seramai lima orang pegawai telah dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM iaitu Kapt Yuhaizam bin Yahaya TUDM, Atlet Memanah TUDM, Kapt Omar bin Mohd Firdaus TUDM, Ketua Tim Projek Matra 5, Kapt Roziah binti Yaakup TUDM, Pegawai Staf 2 Lawatan Unit Protokol dan Pengurusan Acara KEMENTAH, Kapt Nik Muhammad Fariz bin Nordin TUDM, Pegawai Setaf 2 Operasi dan Eksesais Cawang Rancang Logistik dan Kapt Azahan bin Mansor TUDM, Pegawai Setaf 2 Kontrak B di MTU Materiel. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Kapt Md Zakuan bin Borhan, Pegawai Agama MTU.






