Majlis Serah Terima Pengerusi BAKAT Kolej Tentera Udara

ALOR SETAR – Majlis serah terima tugas Pengerusi BAKAT Kolej Tentera Udara telah berlangsung di Rumah BAKAT KTU Alor Setar. Majlis serah terima tugas ini adalah diantara Pn Siti Norlela Alwi dan Pn Nassriah Shuib di mana Pn Siti Norlela Alwi akan mengikuti suaminya, iaitu Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM yang akan bertukar keluar kerana berkursus di MPAT. Majlis ini disaksikan oleh Mej Dess Iskandar TUDM, Pegawai BAKAT KTU dan diserikan dengan kehadiran ahli-ahli BAKAT yang lain. Seluruh ahli BAKAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Pengerusi di atas segala sumbangan dan tunjuk ajar beliau sepanjang menerajui BAKAT KTU.