15 Ogos 12 : Sumbangan Kebajikan

CHERAS,  9 Ogos 12 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, BAKAT Udara yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Tertingginya Datin Khairani bte Mohd Zain, isteri kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan kepada pihak yang memerlukan.

Antara penerima sumbangan adalah balu kepada Allahyarham Mej Mat Nawi bin Awang Hamat TUDM, Puan Naziah bte Omar bersama 5 orang anaknya yang masih belajar.  Sumbangan telah disampaikan di rumah Puan Naziah di Bandar Mahkota Cheras. Allahyarham Mej Mat Nawi TUDM telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mac 2012 kerana menghidap kanser usus.

Penerima sumbangan yang kedua adalah adik Mohd Akif yang mengidap penyakit tumbesaran kepala peringkat keempat. Adik Mohd Akif berusia satu tahun lapan bulan dan telah menghidap penyakit ini dari saat beliau dilahirkan. Beliau ialah anak kepada Sjn U Khairol bin Ibrahim yang bertugas di Markas Logistik Udara dan menetap di Taman Semenyih Impian.

One Response to 15 Ogos 12 : Sumbangan Kebajikan

  1. pwb Azmi Bin Rahman says:

    Masih adakah lagi Pegawai Bakat membuat lawatan ke rumah balu-balu XTUDM seperti yg pernah dilakukan semasa saya menjadi Pegawai Bakat pd tahun 1995-1997 di Skn 321 Bkt Peteri. dimana pada setiap hujung tahun Pegawai Memerintah ( Lt. Kol Ramli Robani ) mengarahkan saya ( Pegawai Bakat pada masa itu) melawat mereka utk bertanya khabar masalah yang dihadapi terutama keperluan anak-anak mereka yg bersekolah.Bakat TUDM Bkt. Peteri pada masa itu menjaga semua balu dan waris XTUDM di Negeri Kelantan, Terengganu ( sehingga K.Terengganu dan Pahang ( Hingga Jerangau). Saya harap perkara sebegini harus diteruskan untuk mengenang jasa aruah-aruah yg telah berbakti kpd TUDM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>