KUALA LUMPUR, 14 Sep 12 – Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi ahli- ahli BAKAT Udara yang akan menunaikan Fardhu Haji di Rumah BAKAT Udara Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YBhg Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din dan ahli- ahli BAKAT yang akan mengerjakan Fardhu Haji. YBhg Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din dalam ucapannya turut mendoakan kesejahteraan para jemaah agar mereka selamat berangkat dan selamat kembali serta diterima amal ibadat mereka. Ahli- ahli BAKAT tersebut menerima cenderahati yang disampaikan oleh YBhg Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din.




