Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat dan kriteria yang diperlukan:

SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
  • Lulus latihan asas ketenteraan

KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains atau salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

atau

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

*   Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanpa kaca mata) dan tidak kabur warna.
*   Ukuran badan minima:

Perkara Lelaki Wanita
Tinggi 1.62 m 1.57 m
Berat 47.5 kg 40.5 kg
BMI 18-25 18-25
Ukuran Dada 76cm -

KETUKANGAN

Anak Kapal
Kuatermaster Udara, Pramugari
Kejuruteraan
Rangka Kapal Terbang, Avionik, Instrumen, Senjata, Elektrik, Enjin, Pembantu Statistik, Alat Banud
Pengurusan Ruang Angkasa
Juruteknik Pertahanan Udara, Pembantu Kawalan Trafik Udara, Bomba
Pentadbiran
Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Pembantu Tahan, Jurulatih Jasmani
Logistik
Juruteknik Logistik, Juru Katalog, Sistem Logistik, Pemandu

KEMUDAHAN DALAM TUDM

  1. Penginapan
    • Anggota bujang disediakan Berek/Wisma
    • Anggota berkahwin disediakan rumah keluarga
    • Anggota berkahwin  tidak disediakan rumah keluarga layak mendapat
  2. Imbuhan Tetap Perumahan
  3. Rawatan
    • Rawatan perubatan/pergigian percuma termasuk keluarga dan ibu bapa
    • Keistimewaan Kelas Wad di Hospital
    • Kelas 1 Bertiga/Lebih (Pegawai Waran U II hingga Pegawai Waran Udara I)
    • Kelas II (Laskar Udara hingga Flait Sarjan)
  4. Cuti Tahunan/Waren Perjalanan
    • Laskar Udara hingga Pegawai Waran Udara I – 30 hari
    • Waren Bas
    • Waren Keretapi
    • Waren Bot
  5. Perkhidmatan Dobi Percuma
  6. Caruman LTAT
  7. Koperasi Tentera
  8. Rangsum (sajian) percuma semasa latihan /kursus/bertugas
  9. Pakaian seragam percuma
  10. Biasiswa penuh pengajian di Universiti Pertahanan/KTU
  11. Kemudahan sukan dan rekreasi
  12. Pinjaman perumahan/Kenderaan/ Komputer
  13. Peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA tajaan ATM
  14. Kemudahan kedai PERNAMA
  15. Latihan peralihan sebelum tamat perkhidmatan

CARA-CARA MEMOHON

Pemilihan Perajurit Muda TUDM dilaksanakan  secara temuduga terbuka (walk-in) di tempat-tempat yang ditetapkan. Maklumat pemilihan disiarkan melalui:

  • Iklan di dalam akhbar tempatan
  • Laman sesawang TUDM
  • Diumumkan melalui siaran Radio

Pemohon yang berminat dikehendaki hadir dilokasi temuduga pada tarikh yang ditetapkan mulai jam 08.00 pagi hingga pendaftaran ditutup jam 09.00 pagi. Pemohon diwajibkan  membawa bersama dokumen ASAL serta satu salinan (PHOTOSTAT) seperti berikut:

  1. Sijil Diploma dan Transkrip
  2. Sijil SPM/SPMV
  3. SKM Tahap 2 ke atas
  4. Kad Pengenalan
  5. Sijil Kelahiran
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Lain-lain sijil kemahiran (Jika ada)
  8. Pemohon yang memegang laporan kehilangan Kad Pengenalan (JPN 1/11) boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh pejabat pendaftaran Negara
  9. Sekeping gambar warna ukuran passport
  10. Sampul surat berukuran 5″ X 9″ beralamat sendiri serta setem RM 1.00

Pakaian semasa temuduga: Pakaian sukan iaitu T-Shirt berkolar, Seluar tracks, Kasut sukan dan berstoking.

PERTANYAAN

Sila gunakan alamat dan nombor telefon ini untuk semua pertanyaan mengenai kerjaya TUDM:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL: 03 – 26812412/2413/2414