|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Thursday, 10 June 2010 |
|
PULAU PINANG – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Hj Shahron Bin Hj Ibrahim TUDM telah mengadakan lawatan ke Sekolah Ikhtisas Tentera Udara (SITU), Pulau Pinang sempena lawatan tahunan Panglima Tentera Udara. Lawatan YBhg ke SITU turut ditemani Panglima Markas Pendidikan Latihan Udara, Brig Jen Dato’ Hj Che Akmar Bin Mohd Nor TUDM, Pengarah RANUD, Brig Jen Dato’ Kamarulzaman Bin Mohd Othman TUDM, Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Hj Sanusi Bin Hj Samion TUDM dan Rombongan Tertinggi Jemaah BAKAT. |