|
LAWATAN TPTU KE PANGKALAN UDARA KUANTAN |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Monday, 26 July 2010 |
|
 KUANTAN – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Hj Shahron Bin Hj Ibrahim TUDM bersama rombongan termasuklah Panglima Logistik Udara, Mej Jen Dato’ Ackbal Bin Hj Abdul Samad TUDM, AKS Material, Brig Jen Dato’ Azizan Bin Shaari TUDM, Pengarah Perancangan dan Pembangunan, Brig Jen Dato’ Kamarulzaman Bin Mohd Othman TUDM telah mengadakan lawatan tahunan ke PU Kuantan pada 23 Jul 2010. YBhg Panglima dan rombongan telah melawat unit-unit di dalam pangkalan termasuklah Pulatibang 3, No 6 Skn, No 17/19 Skn, Skn 320, Matra 4 dan INSPRA. Beliau turut berkesempatan menyempurnakan Upacara Pecah Tanah Projek Peningkatan Aerodrome Control Simulator (ACTS) di INSPRA serta mengadakan sesi dialog bersama PTBK dan anggota-anggota PU Kuantan.
|