|
LAWATAN KERJA TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Friday, 16 July 2010 |
|
GONG KEDAK - Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Hj Shahron bin Hj Ibrahim TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Lawatan ini turut diiringi oleh Panglima Logistik Udara, Mej Jen Dato’ Ackbal bin Abd Samad TUDM, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir Ibrahim bin Bahari TUDM, Asisten Ketua Staf Material, Brig Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM dan Pengarah Perkhidmatan Kol Zulkafli bin Mohd Nor TUDM. Ketibaan beliau disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Fauzi Bin Ahmad TUDM. Sepanjang lawatan, beliau telah melawat beberapa lokasi seperti bangunan simulator dan hangar No 11 Skn. Beliau juga telah berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama warga pangkalan dan menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Bola Tampar antara pangkalan TUDM yang telah dimenangi oleh Pangkalan Udara Gong Kedak.
|