|
MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA INDIAN AIRFORCE |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Thursday, 15 July 2010 |
|
GONG KEDAK - Selama hampir 2 tahun mencurah bakti, ilmu dan pengalaman kepada warga TUDM terutama No 11 Skn, para pegawai dan anggota dari Indian Airforce yang bertugas sebagai tenaga pengajar telah menamatkan tanggungjawab mereka pada 24 Jun 2010. Mereka telah diraikan dalam satu majlis perpisahan di Pangkalan Udara Gong Kedak yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi India Mr Shree Vijay Gokhale, Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Datuk Seri Bashir bin Hj Abu Bakar TUDM dan juga Panglima No 1 Div Udara YBhg Mej Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM.
|