|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Friday, 09 July 2010 |
|

KUALA LUMPUR - Sekretariat Bakat Udara Kerjasama Bakat Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan Pasukan Dakwah Medan ( PASDAM) dari Kor Agama Angkatan Tentera telah mengadakan program Smart Solat siri 01/10 program ini bermula dari 09 hingga 11 Jul 2010 di Dewan Angkasa Raya Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Program Smart Solat ini adalah bertujuan untuk menerapkan ilmu pengetahuan mengenai rukun Islam yang kedua, antara lain untuk membantu memantapkan lagi diri peserta dalam mendirikan solat seharian, disamping membantu peserta memperbaiki bacaan dan pergerakan tubuh badan yang betul ketika mendirikan solat.
Melalui program ini, para peserta didedahkan cara penghayatan solat yang meliputi bacaan, pemahaman dan penghayatan serta pelaksanaan amalan solat seharian. Antara yang telah hadir adalah Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara YBhg Datin Sri Asnah bt Din, Datin Seri Maimun bte Muhammad, YAM Tengku Puti Sri Teja Pahang Hjh Muhaini bte Sultan Hj Ahmad Shah,ahli-ahli Jemaah Tertinggi Bakat Udara dan lain- lain.YBhg Datin Sri Asnah dalam ucapan perasmiannya berharap agar semua peserta mengambil serius dan menyampaikan pengetahuan yang diperolehi dalam program ini kepada yang lain.
|