|
BUTTERWORTH - Eksesais Air Thamal Siri 20/2010 melabuhkan tirainya semalam. Eksesais yang diadakan di Pangkalan Udara Butterworth tersebut telah bermula pada 20 Jun 2010 dan tamat pada 1 Julai 2010.
Eksesais tahunan yang membabitkan latihan bersama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara DiRaja Thailand (RTAF) diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kerjasama operasi udara kedua-dua pasukan dalam menjalani latihan bersama
Eksesais ini diadakan dengan objektif utamanya ialah;
1. Meningkatkan persefahaman para peserta eksesais berpandukan prosedur operasi udara yang telah dipersetujui secara bersama dengan memastikan pengendalian operasi udara dapat dilakukan dengan efektif dan selamat.
2. Menambah baik prosedur eksesais yang disedia ada bagi keperluan eksesais kedua-dua pasukan udara pada masa hadapan.
3. Mewujudkan dan mengimplementasi proses dan prosedur kepada Combine Air Head Quarters (CAHQ)/ Combine Air Operation Centre (CAOC).
4. Meningkatkan persefahaman, hubungan dan kerjasama antara RTAF dan TUDM pada semua peringkat.
Eksesais yang dilaksanakan pada kali ini telah merangkumi 4 skop utama iaitu:
a. Air Defence.
b. Counter Air.
c. Air Interdiction.
d. Combat Search And Rescue (CSAR)
Seramai 57 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari TUDM serta 54 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari RTAF telah terlibat dalam menjayakan Eksesais Air Thamal pada kali ini
Upacara penutup dilaksanakan bersama oleh Panglima Operasi Udara Lt Jen Datuk Seri Bashir Bin Hj Abu Bakar TUDM dan Air Chief Marshal Dilok Songgalayanawat RTAF.
|