PESERTA PROGRAM IMAM MUDA MELAWAT PUKL
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM   
Wednesday, 28 July 2010

 dsc_0007.jpg dsc_0055new.jpg

KUALA LUMPUR – Seramai 10 orang peserta program realiti bertaraf antarabangsa yang dikenali sebagai Imam Muda telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Lawatan bermula selepas para peserta tersebut mendirikan solat zohor di Masjid Pangkalan.

Mereka telah dibawa melawat Muzium TUDM, No 10 Skn dan Menara Kawalan. Pada sebelah malam pula telah diadakan majlis tahlil selepas selesai berjemaah solat maghrib. Sepanjang lawatan, tetamu ini telah diiringi Panglima No 1 Div Udara iaitu Mej Jen Dato’ Roslan Bin Saad TUDM dan Komander Pangkalan, Lt Kol Ahmad Afandi Bin Shuib TUDM.