PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT PERTAHANAN INDIA
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM   
Monday, 22 March 2010

mil_advisor.jpg

YBhg Panglima Tentera Udara iaitu Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan hormat dari Penasihat Pertahanan India yang baru iaitu Col Yashpal Singh Ahlawat menggantikan Penasihat Pertahanan India terdahulu iaitu Col Phool Kanwar Siwach. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan hormat yang pertama beliau selepas menyandang jawatan Penasihat Pertahanan India.