|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Friday, 05 March 2010 |
|
Kuching, 5 Mac 2010. Komander Pangkalan PU Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM telah merasmikan pembukaan Program Kesedaran Pengurusan Kewangan Individu Siri 01/2010 yang telah dihadiri oleh pegawai, anggota LLP dan anggota awam PU Kuching. Beberapa agensi dijemput untuk menjayakan majlis ini seperti Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Menurut Komander Pangkalan PU Kuching, usaha murni yang bertujuan untuk memberi pengetahuan asas sebagai panduan pengurusan kewangan individu akan menjadi sia-sia sekiranya individu itu sendiri tidak mengamalkan semua panduan dan nasihat yang telah diberikan semasa program tersebut.
|