|
Written by Administrator
|
Kuala Lumpur – 3 Jun 09. Sempena dengan sambutan Hari Ulangtahun TUDM ke 51, satu program derma darah telah diadakan bertempat di Dewan Senang Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada 3 Jun 09. Program ini diadakan setiap tahun pada sambutan Hari Ulangtahun TUDM sebagai salah satu cara untuk menterjemahkan komitmen serta tanggungjawab TUDM kepada Negara dan masyarakat dalam aspek kebajikan. Hampir 300 pegawai, anggota TUDM dan ahli BAKAT Udara bermurah hati mendermakan darah pada hari berkenaan. Turut hadir memberi sokongan pada program tersebut adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM. |