|
PENUTUP PROGRAM 3G BAKAT ATM |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Tuesday, 27 July 2010 |
|
KUALA LUMPUR - Bertempat di Transit Mindef telah berlangsung satu Majlis Penutup Program 3G yang telah disertai oleh BAKAT Udara, BAKAT Laut, BAKAT Darat dan BAKAT Gabungan. Kehadiran anggota BAKAT dianggarkan seramai 105 orang yang terdiri daripada peserta-peserta program 3G. Pada pertandingan Program 3G kali ini, tempat pertama hingga ketiga bagi kategori individu telah dibolot oleh BAKAT Udara. Tempat pertama dimenangi oleh FSjn Nor Resah Bt Kassim, pemenang kedua Pn Hanisah Bt Md Hassim manakala tempat ketiga Pn Ela Mazlin Bt Mohd Som. Sementara itu, bagi kategori berkumpulan pula, BAKAT Udara sekali lagi telah mengungguli pertandingan dengan menduduki tempat pertama. Diikuti oleh BAKAT Darat di tempat kedua dan BAKAT Laut di tempat ketiga. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh isteri Panglima Angkatan Tentera iaitu YBhg Puan Sri Datin Sri Noorainee Bt Abd Rahim.
|