|
PERBARISAN PERSARAAN BRIG JEN DATO’ SUKUR BIN HAMINUDIN TUDM |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Thursday, 22 July 2010 |
|

KUANTAN - Para Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat Pangkalan Udara Kuantan pada hari ini telah beramai-ramai menyaksikan Perbarisan Persaraan Brig Jen Dato' Sukur Bin Haminudin TUDM bertempat di Hangar Sentra, Pangkalan Udara Kuantan. Tahun 2010 genaplah 38 tahun beliau mencurah jasa dan bakti kepada TUDM sejak memulakan perkhidmatan pada tahun 1972. Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Timbalan Panglima di HQIADS, Pangkalan Udara Butterworth. Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Datuk Hj Shahron bin Hj Ibrahim TUDM, Panglima Operasi Udara Lt Jen Datuk Seri Bashir bin Hj Abu Bakar TUDM serta para Pegawai Kanan TUDM.
.
|