LAMAN UTAMA arrow PROFAIL arrow Pimpinan Tertinggi arrow Panglima Tentera Udara
Home    Contacts
Maklumbalas
KOMEN/MAKLUMBALAS
SOALAN LAZIM
HUBUNGI KAMI
PRIVASI & KESELAMATAN
KAJI SELIDIK
BAKAT Udara
bakat.jpg 
Pusat Latihan
KTU
PLP
ILIT
ITAS
ITU
SITU
INSPRA
ITSBL
PLPP
PLTB 2
PLTB 1
PUSAT LATIHAN
Pautan
KEMENTAH
Markas ATM
Tentera Darat
Tentera Laut
Muzium TUDM
Biro Pengaduan Awam
PERHEBAT
JHEV ATM
Koperasi Tentera
UPNM
Khidmat Negara
MTD
MyGovernment
BERNAMA
Institut Integriti Malaysia
Blog
Bhg Sumber Manusia TUDM
Kombo Seni Udara
A+ | A- | Reset
Info Kerjaya
Lagu dan Irama
Panduan Pemain MP3
Koleksi Video

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Panglima Tentera Udara PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 01 December 2006

 dato_rodzali.jpg

 

JEN DATO' SRI RODZALI BIN DAUD

PSAT PJN SSAP SIMP DIMP PAT SMT KMN AMP PJM PPS PPA MSc (QAU) MA (UKM) ndc mpat psc jt TUDM

Jeneral Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dilahirkan di Besut, Terengganu pada 11 Mac 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tengku Mahmood, Besut dan peringkat menengah di Maktab Tentera DiRaja. Menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau telah ditauliahkan sebagai Juruterbang pada 31 Oktober 1973.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di Australia pada tahun 1974 dan seterusnya menyandang jawatan Juruterbang di Skuadron No.6 (menerbangkan Tebuan CL-41G) dan Skuadron No. 12 (menerbangkan F-5E). Antara pengalaman awal beliau sebagai pegawai memerintah termasuk menyandang jawatan Pemangku Komandan Pusat Latihan Terbang 3 (menerbangkan PC 7 and Aermacchi MB 339A), Pegawai Memerintah Skuadron No. 12 (menerbangkan pesawat F 5) dan Skuadron No. 17 (menerbangkan MiG 29N). Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menyandang berbagai tugas pengurusan/pentadbiran semenjak tahun1988. Jawatan yang disandang adalah Pegawai Staf di Air Defence Command, Ketua Tim Projek MiG 29N di Moscow dan Penasihat Pertahanan di Moscow. Sebelum menyandang jawatan sekarang, beliau telah menyandang beberapa jawatan di Markas Operasi Udara sebagai Brig Jen Operasi, Markas Tentera Udara sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Panglima Pendidikan Udara, Panglima No. 1 Divisyen Udara dan yang terakhir ialah Panglima Operasi Udara.

Jeneral Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM merupakan graduan Air Command and Staff College, New Zealand pada tahun 1989, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada tahun 2002 (Masters in Defence Studies Universiti Kebangsaan Malaysia); Pakistan National Defence (Masters Degree in Strategic Studies dari Quard-i-Azam University) pada tahun 2006.

Atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Jeneral Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang mana kedua-duanya membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang dan Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri.

Jeneral Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM telah pun berkahwin dengan Datin Sri Asnah binti Din serta dikurniakan dua orang cahayamata lelaki. Beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca, melancong dan bermain golf.

 
Next >
Perutusan Khas
Ulang Tahun Ke 52
Jadual Aktiviti
Polls
Adakah anda mengetahui tentang peranan dan fungsi TUDM?
 
Lensa
Airforce Webmail
Tetamu dari Mac 08
Visitors: 7742334