|
PERBARISAN BULANAN KOMANDER PANGKALAN UDARA KUANTAN |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Tuesday, 23 March 2010 |
|

Perbarisan bulanan Komander Pangkalan telah diadakan pada 23 Mac 2010 bertempat di Perkarangan Hangar Cawang kejuruteraan. Pada 23 Mac 2010, maka genaplah 90 hari, Komander Pangkalan iaitu Kol Hj Ibrahim bin Hashim TUDM memimpin Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan juga menyaksikan pemakaian pangkat kepada 05 x LLP.
Komander Pangkalan dalam ucapannya menasihatkan kepada semua peringkat
anggota yang berkhidmat di PU Kuantan dapat menjalankan tugas serta
tanggungjawab dengan amanah. Selain menitikbertakan soal disiplin yang
semakin berkurangan di antara semua peringkat anggota, Komander juga
menyeru kepada semua agar membudayakan sikap berbudi bahasa tanpa
mengira pangkat dan latarbelakang. Budaya tegur- menegur perlu
diserapkan serta dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
|