|
LAWATAN TAHUNAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE PANGKALAN UDARA KUCHING |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Monday, 22 March 2010 |
|
Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM bersama rombongan dan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah meluangkan masa selama 2 hari dalam menyempurnakan lawatan tahunan ke Pangkalan Udara Kuching pada 22 dan 23 Mac 2010. Ketibaan beliau disambut oleh Komander Pangkalan PU Kuching, Kol Suhaimi bin Hussain TUDM, Pegawai-Pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawang dan juga isteri.
Pada 23 mac 10, beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kuarter serta kemudiannya melaksanakan pemeriksaan barisan sempena lawatan Panglima Tentera Udara yang pertama kali bagi tahun 2010. Lawatan beliau meliputi beberapa tempat seperti No 1 skuadron, Tapak penjajaran PU Kuching, Wisma Ahli Udara, Pusat Simulator dan beberapa tempat yang lain dimana semasa lawatan tersebut, YBhg Panglima Tentera Udara juga sempat merasmikan bangunan baru Wisma Ahli Udara dan menikmati makan tengahari bersama anggota LLP di bangunan Wisma Ahli Udara yang baru dirasmikan. Pada masa yang sama, Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah meluangkan masa beramah mesra dan menziarah anak-anak istimewa dan pesakit kronik serta balu di Rumah BAKAT PU Kuching. Jemaah Tertinggi kemudiannya semasa di Dewan Permata, sempat meluangkan masa membuat perjumpaan dengan AJK dan Ahli BAKAT PU Kuching sebelum dihiburkan dengan persembahan diikuti dengan penyampaian cenderahati dan penyampaian sumbangan dari BAKAT Udara. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah YBhg Brig Jen Dato’ Pahlawan Khairul Bakri bin Mustaffa TUDM, Panglima No 2 Div Udara, Brig Jen Dato’ Ibrahim bin Bahari TUDM, AKS Kejuruteraan, Brig Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM, AKS Tadbir. PW U I Zamzuri bin Babjan, Pegawai Waran TUDM dan Lt Kol Husin bin Ali, PS 1 KAGAT.
|