|
PANGKALAN UDARA GONG KEDAK TERUS BERBAKTI |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Sunday, 21 March 2010 |
|
Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan kutipan derma Tabung bersamamu bermula dari 15 Mac 2010 yang lalu. Kutipan derma ini diteruskan di aktiviti yang dijalankan di dalam atau di luar pangkalan. Lanjutan daripada kutipan derma ini, Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama pihak pengurusan Rancangan Bersamamu TV3 telah membantu sebuah keluarga miskin yang berada di Machang Kelantan.
Keluarga En Hassan bin Daud mengalami kesusahan bermula apabila En Hassan tidak dapat bekerja diatas masalah kesihatan. Keadaan anaknya yang cacat juga menyukarkan lagi kehidupan harian mereka. Namun En Hassan meneruskan kehidupannya di dalam bangsal kecil buatan sendiri yang berada di atas tanah penduduk kampung yang lain. Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Mohd Faudzi bin Ahmad TUDM mewakili Pangkalan Udara Gong Kedak telah bersetuju dengan cadangan TV3 untuk memperbaiki sebuah rumah kecil yang berada tidak jauh dari situ untuk En Hassan menetap. Terdapat juga pihak lain yang memberikan sumbangan dari segi pekakasan harian, rawatan, dan bantuan kemasyarakatan bagi meringankan beban En Hassan dalam meneruskan kehidupan harian.
|