|
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TUDM |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Friday, 19 March 2010 |
|
Markas Tentera Udara telah mengadakan Majlis Pemakaian pangkat bagi Pegawai Kanan TUDM, Majlis telah diadakan bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan. Upacara tersebut talah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato ‘Sri Rodzali bin Daud TUDM dan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Hj Shahron Bin Hj Ibrahim TUDM serta Pegawai-pegawai kanan TUDM.
Pemakaian pangkat bagi Lt Kol Felix Gonsalvez A/L S.Alexender TUDM telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kol TUDM, dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Airware Centre di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Beliau mula menyertai Tentera Udara mulai 5 April 1980 dan ditauliahkan pada 16 Jul 1982. Perjawatan yang pernah beliau sandang adalah sebagai Ketua Sel Pembangunan Operasi Dan Latihan, Pegawai Staf 1 Pendidikan Peperangan Bersama Cawang Latihan ,dan pegawai Staf 1 Pejuang . Kursus yang pernah dihadiri adalah Kursus Qualified Weapon Instructor, Kursus Falcon Electronic Warfare serta Kursus Hawk dan Kursus Oversea Joint Warfare 2004.
|