|
LAWATAN TAHUNAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE PLPL KINRARA |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Wednesday, 17 March 2010 |
|

Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Hj Shahron Bin Hj Ibrahim telah megadakan lawatan ke Pusat Latihan Pengurusan Logistik (PLPL) Kinrara, Sempena Lawatan Tahunan Panglima Tentera Udara. Ketibaan YBhg disambut oleh Pegawai Memerintah PLPL, Lt Kol Ahmad Zaimi Bin Md Ali TUDM .
Kehadiran YBhg ke PLPL
turut ditemani oleh Panglima Markas Pendidikan Latihan Udara, Brig jen
Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM, AKS Sumber Manusia,Brig Jen Dato’
Mohd Bin Sulong TUDM, AKS Material, Brig Jen Dato’ Azizan Bin Shaari
TUDM dan rombongan BAKAT. YBhg Timbalan Panglima Udara telah mengambil
tabik hormat dari ketua perbarisan, Sejurus itu YBhg membuat
pemeriksaan perbarisan. Setelah selesai Upacara Perbarisan, YBhg telah
menandatangi Buku Lawatan sebelum beredar ke bilik taklimat. Semasa
sesi lawatan, YBhg dibawa melawat bilik SPKB, sekitar kawasan Pusat
Latihan serta merasmikan Pusat Multimedia Pusat Pengurusan Logistik dan
sesi berdialog bersama YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara.
|