|
ONE STOP CRISIS CENTER BAKAT UDARA |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Tuesday, 16 March 2010 |
|
Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah menubuhkan One Stop Crisis Center bertujuan untuk membantu isteri, balu-balu serta bekas isteri pegawai/anggota TUDM yang telah menamatkan perkhidmatan bagi mendapatkan khidmat nasihat serta rundingan dalam menangani isu-isu yang dihadapi berkaitan dengan perundangan, kesihatan dan keagamaan.
Penubuhan pusat tersebut adalah sejajar dengan hasrat Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara untuk memberikan saluran kepada isteri, balu-balu serta bekas isteri pegawai/anggota TUDM yang telah menamatkan perkhidmatan mendapatkan khidmat nasihat serta rundingan secara percuma dan professional. Pusat tersebut mula beroperasi pada hari ini dan waktu operasi adalah pada setiap hari Selasa dan Jumaat jam 0900 hingga 1100. Pengadu mesti didaftarkan oleh Staf BAKAT Udara bagi mendapatkan tarikh temujanji dan pertemuan boleh dibuat dengan cara bersemuka, panggilan telefon atau surat faks dan email. Semua permohonan atau persuratan boleh dialamatkan seperti berikut. Sekretariat Jemaah Tertinggi BAKAT Udara Markas Tentera Udara d/a Pangkalan Udara Kuala Lumpur 50460 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian: Pegawai Staf 2 BAKAT Udara)
No Telefon :03-21411885 |