|
PROJEK BUMI HIJAU PUSAT LATIHAN PEGAWAI |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Monday, 15 March 2010 |
|
 
Pusat Latihan Pegawai (PLP) telah menjayakan Projek Bumi Hijau yang disarankan oleh pihak tertinggi TUDM. Projek Bumi Hijau ini adalah usaha sama Kpl U Zairi, Kpl U Rahim dan LUK Khairudin di sebidang tanah lapang di sekitar bangunan pejabat PLP. Tanaman kali ini ialah Jagung Taiwan dan ia merupakan tuaian yang kedua. Tuaian sebelum ini ialah sayur-sayuran. Jagung Taiwan ini ditanam pada 5 Jan 10 dan dipetik pada 15 Mac 10.
Hasil yang diperolehi telah dijual kepada staf-staf PLP dan pendapatan tersebut akan diguna semula sebagai modal tanaman kali ketiga. Projek Bumi Hijau PLP diketuai oleh Pegawai Memerintah PLP iaitu Lt Kol Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM dan dipantau oleh semua staf PLP. |