|
PERTANDINGAN BOLA SEPAK INSTITUT LATIHAN TENTERA UDARA |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Friday, 12 March 2010 |
|
Pertandingan Bola Sepak Antara Skuadron telah berlangsung selama tiga hari bermula 09 Mac 2010 sehingga 12 Mac 2010. Pertandingan tersebut telah disertai oleh pegawai dan anggota ITU, Ipoh dan telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Hawk (gabungan Skn Pentadbiran, Pancaragam, Kagat, Pendidikan, Gaji dan Bomba), Hornet (gabungan Skn Material, Kejuruteraan dan Puskom), MIG (gabungan Skn Latihan Perajurit Muda dan Skn Piawaian dan Bantuan Latihan) dan Sukhoi (gabungan Skn Latihan Medan dan Skn 202 Provos).
Setelah tiga hari perlawanan antara kumpulan diadakan, kumpulan Hawk dan kumpulan MIG telah berjaya ke perlawanan akhir. Perlawanan tersebut telah disaksikan sendiri oleh Komandan ITU, Kol Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM dan kemenangan perlawanan tersebut telah berpihak kepada pasukan Hawk (1-0). Penyampaian hadiah dan penutupan pertandingan juga disempurnakan oleh Komandan ITU.
|