|
LAWATAN KEBAJIKAN JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA KE PANGKALAN UDARA SUBANG |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Thursday, 11 March 2010 |
|

Datin Zaharah bt Ariffin isteri kepada AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Mohd Noh b Mohd Saad TUDM yang merupakan AJK Kebajikan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara telah mengadakan lawatan kebajikan bersama rombongan ke Pangkalan Udara Subang bagi melawat dan berkongsi penderitaan Sjn U (W) Jamiah dari Cawang Operasi PU Subang yang mengidap kanser payudara dan anak kepada Kpl U (W) Suhana juga dari Cawang Operasi yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Lawatan yang penuh bermakna ini turut diiringi oleh AJK BAKAT Pangkalan Udara Subang. Diharapkan dengan kunjungan tersebut dapat memberikan semangat dan harapan kepada Sjn U (W) Jamiah dan anak Kpl U (W) Suhana untuk lebih tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang menimpa mereka.
|