|
MESYUARAT AGUNG WISMA PERWIRA PU SUBANG 10 MAC 2010 |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Thursday, 11 March 2010 |
|
Subang, 10 Mac 2010. Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Perwira Pangkalan Udara Subang bagi penggal 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran lebih dari 2/3 ahlinya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Normazlan TUDM.Mesyuarat yang dimulakan pada 1445H dengan ucapan aluan daripada Yang Di Pertua Wisma, Lt Kol Kieron Singh TUDM dan berakhir pada 1930H.
Dalam ucapan Yang Di Pertua Wisma, beliau merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli wisma di atas kerjasama yang diberikan kepada beliau sepanjang beliau menerajui wisma. Beliau juga berharap agar Jawatankuasa yang akan dilantik kelak dapat terus memberikan khidmat dan bakti yang terbaik kepada wisma. Selain Mesyuarat Agung Tahunan Wisma, Majlis Commander Call turut diadakan serentak. Ini bagi memberi peluang kepada Komander Pangkalan untuk berjumpa dengan semua pegawai-pegawai di Pangkalan Udara Subang bagi menyampaikan amanat dan hala tuju beliau sebagai Komander pangkalan. Selain itu, majlis ini juga dapat memberi peluang kepada semua pegawai-pegawai di Pu Subang untuk lari dari kesibukan dan bebanan kerja bagi berjumpa dan bertukar-tukar idea sesama pegawai.
|