LAMAN UTAMA arrow PANGKALAN UDARA arrow Kuala Lumpur
Home    Contacts
Maklumbalas
KOMEN/MAKLUMBALAS
SOALAN LAZIM
HUBUNGI KAMI
PRIVASI & KESELAMATAN
KAJI SELIDIK
BAKAT Udara
bakat.jpg 
Pusat Latihan
KTU
PLP
ILIT
ITAS
ITU
SITU
INSPRA
ITSBL
PLPP
PLTB 2
PLTB 1
PUSAT LATIHAN
Pautan
KEMENTAH
Markas ATM
Tentera Darat
Tentera Laut
Muzium TUDM
Biro Pengaduan Awam
PERHEBAT
JHEV ATM
Koperasi Tentera
UPNM
Khidmat Negara
MTD
MyGovernment
BERNAMA
Institut Integriti Malaysia
Blog
Bhg Sumber Manusia TUDM
Kombo Seni Udara
A+ | A- | Reset
Info Kerjaya
Lagu dan Irama
Panduan Pemain MP3
Koleksi Video

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Pangkalan Udara Kuala Lumpur PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 10 November 2006

 :: SEJARAH

Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force).  Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.

Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura.  Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF.  Pada  tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956.  Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.

  

Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long  mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.

  

Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM.  Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, pangkalan ini diteraju  oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib.

Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM.  Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.

Unit-unit yang terdapat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur ialah:

  • Markas 1 Div Udara

  • Markas Logistik Udara

  • Institut Perubatan Penerbangan

  • No 10 Skn

  • EWSC

  • Matra 1

  • SFCU

  • MTU - Latih C

  • MTU - Anggota B

  • MTU - Bina

  • MTU - Istiadat

  • JPSTU

  • SPKB

  • Pusat Muzik TUDM

  • Badan Kesenian Tentera Udara

  • Muzium TUDM

  • Cawang Provos Marshal

  • 814 RSAT

  • 628 PGAT

 
Next >
Perutusan Khas
Ulang Tahun Ke 52
Jadual Aktiviti
Polls
Adakah anda mengetahui tentang peranan dan fungsi TUDM?
 
Lensa
Airforce Webmail
Tetamu dari Mac 08
Visitors: 7742192