LAMAN UTAMA arrow PANGKALAN UDARA arrow Kuantan
Home    Contacts
Maklumbalas
KOMEN/MAKLUMBALAS
SOALAN LAZIM
HUBUNGI KAMI
PRIVASI & KESELAMATAN
KAJI SELIDIK
BAKAT Udara
bakat.jpg 
Pusat Latihan
KTU
PLP
ILIT
ITAS
ITU
SITU
INSPRA
ITSBL
PLPP
PLTB 2
PLTB 1
PUSAT LATIHAN
Pautan
KEMENTAH
Markas ATM
Tentera Darat
Tentera Laut
Muzium TUDM
Biro Pengaduan Awam
PERHEBAT
JHEV ATM
Koperasi Tentera
UPNM
Khidmat Negara
MTD
MyGovernment
BERNAMA
Institut Integriti Malaysia
Blog
Bhg Sumber Manusia TUDM
Kombo Seni Udara
A+ | A- | Reset
Info Kerjaya
Lagu dan Irama
Panduan Pemain MP3
Koleksi Video

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Pangkalan Udara Kuantan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 10 November 2006
:: SEJARAH
 
Pangkalan Udara Kuantan dengan rasminya telah ditubuhkan pada 24 Jun 1968. Terdiri daripada No 3 Skn dan No 9 Skn yang menerbangkan pesawat CL-41G (Canada) atau lebih dikenali dengan nama Tebuan (Nama Samaran) yang bermaksud Hornet. Manakala No 10 Skn menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat, Sikorsky S 61 A-4 dengan nama panggilan NURI (Nama burung tempatan).
 
Sample Image
 
Pada awal tahun 80-an, No 4 Skn yang telah beroperasi di Pangkalan ini menggunakan pesawat PC 130 Hercules. Ia menjalankan tugas-tugas Maritim di seluruh perairan Malaysia dan juga Zon Bebas Perdagangan.
 
Pada tahun 1985, Pesawat buatan Amerika Syarikat iaitu pesawat A4 SkyHawk telah digunakan untuk membuat tugas serangan ke darat bagi menggantikan pesawat Tebuan CL-41G.
 
Sample Image

 

9 tahun kemudian, pesawat A4 SkyHawk telah digantikan pula dengan Pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 buatan Britain dan ditempatkan di No 6 Skn. Setelah 10 tahun pesawat ini masih lagi beroperasi di dalam TUDM.
 
Sample Image
 
Dalam tahun 1995, TUDM telah menerima pula pesawat buatan Rusia iaitu MiG-29N yang dikendalikan oleh dua buah skuadron penerbangan iaitu No 17 Skn dan No 19 Skn yang berpangkalan ini Pangkalan Udara Kuantan. Dengan wujudnya dua buah skuadron ini, terdapat terdapat 7 skuadron penerbangan telah ditubuhkan di Pangkalan Udara Kuantan sejak tahun 1968, namun hanya tiga buah skuadron sahaja yang masih kekal iaitu No 6 Skn, No 17 Skn dan No 19 Skn.
 
Sample Image
  
:: LATARBELAKANG PANGKALAN UDARA KUANTAN

 

Pangkalan Udara Kuantan telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pangkalan ini terletak kira-kira 16 km di barat daya bandar Kuantan. 
 
Ketika ini, Pangkalan Udara Kuantan mempunyai beberapa skuadron operasi yang mempunyai peranan masing-masing. Pengoperasian skuadron-skuadron ini didokong oleh 5 cawang yang terletak di bawah Markas Pangkalan. Pangkalan ini juga bertanggungjawab ke atas pentadbiran am bagi 2 buah unit lojer. Di samping itu juga terdapat  kontraktor swasta yang terlibat dengan program penyelenggaraan pesawat dan peralatan, serta latihan anak kapal dan juruteknik.
 
:: PERANAN PANGKALAN UDARA KUANTAN
 
Peranan Pangkalan Udara Kuantan memberi fokus kepada pelaksanaan operasi udara dan pengurusan perkhidmatan berdasarkan misi seperti berikut :
 
“Untuk Melaksanakan Operasi Udara Seperti yang Dipertangungjawabkan
dengan Efisien dan Efektif”.

 

:: OBJEKTIF UMUM
 
Berlandaskan kepada misi yang dinyatakan di atas, objektif umum yang disasarkan adalah seperti berikut :
  • Melaksanakan operasi udara dengan mengoptimumkan aset yang ada.
  • Menjanakan perkhidmatan (output) yang sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
  • Penerapan budaya kerja berkualiti.
  • Membangun dan menguruskan sumber dan aset dengan cemerlang.
  • Membangunkan infrastruktur yang tersusun bagi keperluan operasi dan keselesaan serta kebajikan warga pangkalan.

 

 :: OBJEKTIF OPERASI PANGKALAN
 
  • Menguruskan ruang angkasa untuk Sektor Operasi 2 dengan berkesan.
  • Bersedia untuk melaksanakan penugasan Control of the Air apabila diperlukan.
  • Bersedia untuk melaksanakan operasi udara secara bergabung untuk membantu operasi pasukan darat dan laut.
  • Sentiasa bersedia untuk mempertahankan aset, semua sumber dan prasarana dari diancam atau diserang oleh musuh.
 
Next >
Perutusan Khas
Ulang Tahun Ke 52
Jadual Aktiviti
Polls
Adakah anda mengetahui tentang peranan dan fungsi TUDM?
 
Lensa
Airforce Webmail
Tetamu dari Mac 08
Visitors: 7754541