|
Written by Administrator
|
|
Friday, 10 November 2006 |
:: SEJARAH
Pangkalan Udara Subang telah dibina di satu kawasan ladang kelapa sawit yang berlembah bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Ia ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1985 dengan diterajui oleh Ketua Detasmen iaitu Lt Kol Othman bin Sulan TUDM pada 1 Ogos 1985 sehingga 1 Januari 1986. Ketua Detasmen ke dua adalah Lt Kol Chia Chan Sing TUDM yang memegang jawatan tersebut sehingga 2 Dis 1986.

Pada 3 Disember 1986, Jawatan Ketua Detasmen ini telah dinaik taraf kepada Pegawai Memerintah. Jawatan ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Komander Pangkalan mulai tahun 2003.
Berikut adalah senarai nama Pegawai-Pegawai Kanan yang pernah memegang jawatan Pegawai Memerintah Pangkalan Subang :
-
Lt Kol Chia Chan Sing TUDM - 3 Dis 1986 hingga 30 Jun 1987.
-
Kol T. Parameswaran TUDM - 1 Jul 1987 hingga 30 Apr 1991.
-
Kol Hussein bin Supian TUDM - 1 Mei 1991 hingga 9 Jun 1993.
-
Kol Abu Hashim bin Mohd Ali TUDM - 10 Jun 1993 hingga 13 Jan 1995.
-
Kol Haniff bin Hj Darimi TUDM - 10 Jan 1995 hingga 13 Jul 1995.
-
Kol Abu Hashim bin Mohd Ali TUDM - 14 Jul 1995 hingga 14 Mac 1996.
-
Kol Ranjit Singh Gill TUDM - 15 Mac 1996 hingga 8 Dis 1996.
-
Kol Abu Hashim bin Mohd Ali TUDM - 9 Dis 1996 hingga 24 Jul 1997.
-
Lt Kol Othman bin Abdullah TUDM - 25 Jul 1997 hingga 26 Sep 1997.
-
Kol Hj Yahya bin Hj Bidin TUDM - 29 Sep 1997 hingga 30 Jun 1999.
-
Kol Abu Hashim bin Mohd Ali TUDM - 1 Jul 1999 hingga 9 Okt 2000.
-
Kol Khairul Bakri bin Mustafa TUDM - 10 Okt 2000 hingga 31 Jan 2003.
-
Kol Fadhil bin Sheikh Ahmad TUDM - 1 Feb 2003 hingga 19 Jan 2005.
-
Kol Roslan bin Saad TUDM - 19 Jan 2005 hingga 9 Feb 2007.
-
Kol Tuan Mustapha bin Tuan Hussin TUDM - 9 Feb 2007 hingga 20 Sep 2007.
-
Kol Hj Ramlan bin Kasbi TUDM - 21 Sep 2007 hingga 4 Nov 2007
-
Kol Azizon bin Arifin TUDM - 5 Nov 2007 hingga 16 Ogos 2009
-
Kol Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM - 17 Ogos 2009 hingga sekarang.
-
Markas Pangkalan Udara Subang
:: MISI PANGKALAN
Misi Pangkalan ialah `Komited’ memberikan perkhidmatan pengangkutan udara dan bantuan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggannya supaya mereka mampu mencapai keperluan operasi yang berkesan.
:: OBJEKTIF PANGKALAN
-
Memenuhi permintaan perkhidmatan pengangkutan udara semaksima yang boleh dengan memastikan tahap kesiapsiagaan pesawat sentiasa di tahap maksima.
-
Mempertingkatkan tahap dan mutu perkhidmatan sejajar dengan keperluan pelanggan dan TUDM.
-
Menanam kerja berkualiti di kalangan semua peringkat anggota.
-
Mengurus dan membangunkan sumber tenaga manusia dan aset udara yang diberikan ke arah pencapaian matlamat kecermelangan perkhidmatan.
-
Membangunkan fasilitas dan infrastruktur yang digunakan untuk menyokong operasi Pangkalan ini dengan menitik beratkan kepada peningkatan kualiti kerja. Hidup dan kebajikan setiap warga TUDM atau awam di Pangkalan ini.
:: ORGANISASI
Pangkalan Udara Subang mempunyai 3 Skn penerbangan seperti berikut:
-
No. 2 Skn.
-
No. 16 Skn.
-
No. 20 Skn.
-
Detasmen No. 1 Skn.
Selain daripada itu, terdapat juga agensi awam yang berada di dalam Pangkalan ini adalah seperti berikut:
-
Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU).
|