|
EKSPO KERJAYA ATM SEMPENA PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH DI BAGAN DATOH |
|
|
|
|
Written by Mej Kamarulzaman bin Ali TUDM
|
|
Monday, 12 October 2009 |
Peralatan yang dipamerkan turut menarik perhatian YB Menteri Pertahanan Bagan Datoh, 9 Okt - Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengadakan pameran kerjaya dalam Ekspo Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia di Padang sekolah Menengah Sains Bagan Datoh Perak sempena Pelancaran Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan Parlimen Perak Selatan bermula pada hari ini hingga 10 Okt 2009. Menteri Pertahanan YB Dato’ Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan pelancaran tersebut seterusnya melawat pameran kerjaya yang diadakan oleh ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan jabatan-jabatan dibawah Kementerian Pertahanan.
Melalui Ekspo kali ini orang ramai berpeluang melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang kerjaya yang terdapat di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia . Selain daripada itu orang ramai berpeluang melihat dan mencuba serta diberi penerangan dengan lebih jelas mengenai aset-aset persenjataan ATM |