|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 April 2008 |
:: SEJARAH MATRA 2 adalah unit di bawah naungan Markas Logistik Udara (MLU) yang telah mula beroperasi pada sekitar tahun 1987 di mana pucuk pimpinan diterajui oleh Lt Kol Mohlisi bin Manap TUDM. Ketika itu ianya lebih tertumpu kepada urusan pergudangan yang hanya menempatkan alatganti pesawat terbang dan sistem RADAR termasuklah peralatan elektronik yang memerlukan tempat penyimpanan berhawa dingin. Di akhir tahun 1980an aktiviti Sel Publikasi, alatulis dan Borang (SPAB) telah dipindahkan dari Pusat Material Udara ke MATRA 2. Kini MATRA 2 mengurus dan menyelaraskan keseluruhan aktiviti SPAB. :: MISI Untuk memberikan bantuan dan dokongan logistik dari segi alatganti, alatulis, percetakan dan publikasi kepada semua unit TUDM dan unit lain dengan tepat pada masa yang diperlukan. :: VISI Menjadikan MATRA 2 sebuah depoh logistik TUDM yang cekap melalui pengurusan sistem kawalan material yang kemas dan tepat.
|