|
Institut Perubatan Penerbangan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 11 April 2008 |
:: LATARBELAKANG INSTITUT PERUBATAN PENERBANGAN Tentera Udara Di Raja Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Jun 1958.Tahun ini merupakan ulangtahun ke 50 TUDM.Institut Perubatan Penerbangan TUDM Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 11 Ogos 1976.Latihan Altitude Chamber telah dimulakan pada bulan September 1978 setelah Chamber tersebut siap dipasang manakala latihan Kerusi Lenting(Ejection Seat) telah dimulakan pada awal tahun 80 an.Seterusnya proses menaik taraf Klinik Institut Perubatan Penerbangan telah dilakukan pada tahun 2001 dan 2002. Pada 2004 hingga 2005 sistem PULLS-G(HPHC) telah dipasang di TUDM Subang untuk melatih para juruterbang tempur tentang daya tekanan G dan cara-cara mengatasinya.Pihak IPP juga terlibat didalam Program Angkasawan Malaysia mulai bulan Mei 2005.Pihak IPP telah diberi pensijilan MS ISO 9001:2000 pada bulan Mei 2005.Sistem HPHC(PULLS-G) mula beroperasi pada bulan Januari 2006 di Pangkalan Udara Subang. :: PEGAWAI MEMERINTAH Mej (Dr) G. Gopinath - Ogos 1976- Nov 1976Lt Kol (Dr) G. Gopinath - Nov 1976 – Dis 1980 :: PENGARAHKol (Dr) G. Gopinath - Jan 1981 – Mei 1990Kol (Dr) Long S.C - Jun 1990 – Jan 1992 Kol (Dr) Ching M.C - Jan 1992 – Ogos 1999Brig Jen Dato’ (Dr) Zahari bin Jusoh - Sept 1999- Sekarang :: INSTITUT PERUBATAN PENERBANGAN Institut Perubatan Penerbangan di ketuai oleh Pengarah IPP dan dibantu oleh Ketua Unit Aerofisiologi ,Ketua Unit Aeromedikal ,Ketua Unit Kesihatan Penerbangan dan Bahagian Sokongan pula daripada pihak TUDM. :: AMALAN PERUBATAN PENERBANGAN Pihak IPP juga menjalankan pemeriksaan tahunan anak-anak kapal.Selain daripada latihan aerofisiologi ,pihak IPP juga menjalankan kajiselidik,sokongan operasi kepada Pangkalan –pangkalan operasi TUDM dan juga menjadi penasihat teknikal kepada Klinik Rumah Sakit Angkatan Tentera atau Pusat Perubatan Angkatan Tentera yang bernaung dibawah TUDM. :: PULLS-G Pusat Penyelidikan dan Latihan Simulator G(PULLS-G) merupakan cawangan Latihan Aerofisiologi IPP.Carta organisasi pusat ini adalah seperti di kembaran B.Pusat ini dirasmikan pada 19 March 2006.Disini terletaknya High Performance Human Centrifuge (HPHC)- Model ATFS 400. Pusat ini juga menempatkan peralatan General Aviation Trainer II iaitu daripada jenis CESSNA 172.Peranan HPHC adalah seperti berikut:
Bagi melatih para juruterbang tempur tentang High G Training termasuk teknik AGSM (Anti G Straining Manoeuvre) yang betul untuk melawan kesan tarikan graviti.Tactical Flight Simulation pula memberikan kelebihan untuk terbang bersama daya tarikan graviti serta simulasi Air Combat Manoeuvre (ACM).Spatial Disorientation Training (SD Training).Lembaga siasatan kemalangan pesawat.
:: HALATUJU Halatuju pihak Institut Perubatan Penerbangan adalah kepada tentera amnya dan TUDM khasnya.Pihak kerajaan juga mungkin akan meneruskan program angkasawan dimasa akan datang setelah Program Angkasawan Negara yang pertama Berjaya dijalankan.Kami juga bercadang untuk mengadakan latihan perubatan penerbangan untuk paramedic dan doktor serta melaksanakan kerjasama dengan IPTA tempatan iaitu dibawah Fakulti Perubatan Aeroangkasa. Jika hasrat untuk menubuhkan Fakulti Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Berjaya pihak IPP mungkin akan ditempatkan dibawah satu jabatan khas bagi memberi pendedahan kepada bakal-bakal doktor tentang Perubatan Aeroangkasa.Pihak IPP juga berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan hospital-hospital di dalam negara dan juga dengan negara-negara Asia Pasifik,OIC dan sebagainya. :: RUMUSAN Institut Perubatan Penerbangan merupakan satu-satunya institusi berkemahiran Perubatan Penerbangan di Malaysia yang berlatarbelakangkan Perubatan Tentera(Military Medicine) dimana skop aplikasi kemahiran kami adalah amat meluas selari dengan perkembangan masa hadapan perkhidmatan Tentera Udara Di Raja Malaysia dan industri penerbangan negara.
|