Generasi Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 3 Feb 12 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali Bin Daud TUDM telah menghadiri Perbarisan Bulanan Kementah bagi bulan Feb yang diadakan di Dataran Wisma Pertahanan. Perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi. Perbarisan itu juga turut …
[Baca lagi...]

Panglima Operasi Udara sedang mendengar taklimat operasi dari unit-unit dan skuadron penerbangan dibawah naungan Pangkalan Udara Subang. SUBANG, 2 Feb 12 - Pangkalan Udara Subang telah menerima lawatan kerja oleh Panglima Operasi Udara iaitu YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal Bin Hj Abdul Samad TUDM. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat …
[Baca lagi...]

KUALA LUMPUR 2 Feb 12 –Air Chief Marshal N.A.K. Browne yang diberi penghormatan sebagai tetamu negara telah melakukan pemeriksaan ke atas anggota Kawalan Kehormat Utama sebaik sahaja tiba untuk lawatan rasmi di perkarangan Padang Kawad KEMENTAH pagi ini. Beliau yang dalam rangka lawatan selama 5 hari sehingga 4 Feb 2012 telah disambut …
[Baca lagi...]

KUALA LUMPUR, 31 Jan 12 - Air Chief Marshal N.A.K. Browne telah tiba di KLIA untuk lawatan rasmi selama 5 hari sehingga 4 Feb 12. Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato' Roslan bin Saad TUDM dan isteri. Rombongan seterusnya telah dibawa melawat ke Menara Berkembar Petronas pada hari yang sama sebelum …
[Baca lagi...]

KUALA LUMPUR, 29 Jan 12 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi telah melakar sejarah tersendri apabila berjaya menerbitkan publikasi Berita Udara berwajah baru mulai Januari 2012. Penerbitan ini telah disediakan oleh Sekretariat Markas tentera Udara dan di ketuai oleh Brig Jen Dato’ Jamal bin Abu bakar TUDM. Panglima Tentera …
[Baca lagi...]

Mej Jen Dato' Ismail bin Ibrahim TUDM bersama pemimpin TUDM yang meraikan beliau KUALA LUMPUR, 29 Jan 12 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Majlis Makan Beradat Sempena Persaraan Pegawai-pegawai Kanan TUDM bertempat di Hotel Renaissance bermula jam 8.00 malam. Pegawai-pegawai Kanan yang diraikan …
[Baca lagi...]
JENERAL TAN SRI DATO’ SRI RODZALI BIN DAUD PGAT PSM PJN SSAP SIMP SPTS DGPN PSAT DIMP PAT SMT KMN AMP PJM PPS PPA MSc (QAU) MA (UKM) ndc mpat psc jt TUDM
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dilahirkan di Besut, Terengganu pada 11 Mac 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tengku Mahmood, Besut dan peringkat menengah di Maktab Tentera DiRaja. Menamatkan latihan Pegawai Kadet, beliau telah ditauliahkan sebagai Juruterbang pada 31 Oktober 1973.
Atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang mana kedua-duanya membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Pahang dan Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) dan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri. Kecekalan dan kesungguhan yang dipamerkan terutama di dalam membentuk halatuju jangka panjang TUDM telah menerima pengiktrafan apabila dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 5 Okt 2010.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah pun berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din serta dikurniakan dua orang cahayamata lelaki. Beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca di samping melancong dan bermain golf.
Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan”.Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.
TUDM mengalami modernisasi secara berperingkat mulai tahun 1970 sehingga tahun 1990. Selepas Setiausaha Pertahanan, Denis Healy mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM dijangka akan mengambil alih tanggungjawab pertahanan udaranya sendiri.
Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye. Selepas itu, TUDM telah menerima pesawat Aermacchi MB339AM untuk latihan juruterbang jet pejuang yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 mulai tahun 1984.
Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. TUDM telah melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.
Era 90an melihat penerimaan pesawat BAE Hawk Mk108/208 diikuti oleh MiG-29N/NUB pada tahun 1995 untuk memantapkan penguasaan udara dan akhirnya penghantaran F/A-18D Hornet pada tahun 1997. Pada tahun 2003, kontrak telah ditandatangani melibatkan pembelian lapan belas buah pesawat Su-30MKM yang diperolehi pada tahun 2007. Pada 8 Disember 2005, TUDM sekali lagi telah menandatangani kontrak pembelian empat pesawat A 400M yang dijangka bakal diterima pada tahun 2016
This is a 2D-barcode containing the address of our mobile site.If your mobile has a barcode reader, simply snap this bar code with the camera and launch the site.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi 1280x1024