Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi TUDM sempena Hari Inovasi TUDM 2012. Majlis telah berlangsung di Kelab Rekreasi Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang pada 16 Jul 12.
Hari Inovasi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) ini merupakan acara tahunan di dalam kalendar TUDM. Ianya diadakan bagi mengiktiraf pencapaian terbaik anggota serta pegawai TUDM yang telah mengusahakan projek masing-masing mengikut kategori-kategori seperti berikut:
a. Pengurusan Sumber Manusia
b. Pengurusan Sistem Teknikal
c. Pengurusan Teknologi Maklumat
d. Pengurusan Kewangan
e. Pengurusan Pelanggan
Pengiktirafan ini selaras dengan agenda kerajaan yang sedang melangkah ke arah transformasi Negara di mana TUDM turut mengambil pendekatan inovatif dan kreatif menghasilkan sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada TUDM sendiri dan juga kepada Negara. Ini juga selaras dengan konsep Air Force Next Generation yang turut menitikberatkan daya inovatif dan kreatif di kalangan warga TUDM.
Pemenang-pemenang pada hari ini secara automatik terpilih untuk mewakili TUDM ke pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) 2012 yang akan diadakan sedikit masa lagi.
Projek-projek yang berjaya akan mewakili TUDM di peringkat yang lebih tinggi. Dalam hal ini, TUDM akan mengambil langkah proaktif dengan mengenalpasti projek-projek berpotensi untuk dikembangkan serta diperbaiki dan jika sesuai dijadikan Best Practice di mana ianya akan digunapakai di seluruh TUDM. Selain dari itu, banyak projek yang diusahakan adalah merupakan satu-satunya ciptaan atau yang pertama di dunia.
Justeru itu TUDM mengambil inisiatif untuk mendapatkan Hakcipta serta Hak Harta Intelek. Ini bagi memastikan idea serta projek-projek yang berpotensi untuk dikomersialkan tidak diciplak oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Anugerah telah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM. Pemenang- pemenang Anugerah Inovasi TUDM (AITUDM) 2012 adalah seperti berikut :
1. Anugerah Inovasi TUDM Kategori Pengurusan Sumber Manusia.
Johan : ITU, Ipoh dengan projek bertajuk Program Pengurusan BMI.

Naib Johan : Rejimen TUDM Jugra projek bertajuk PASKAU Next Generation Extra Ordinary.

2. Anugerah Inovasi TUDM Kategori Inovasi Sistem & Teknikal.
Johan : MLU- Sis Gp C dengan projek bertajuk Penghasilan Produk Spacer Bagi Pembaikan Combiner Radar Martello 743D.

Naib Johan : PUSPEKA dengan projek bertajuk Missile Relifing.

3. Tiada pemenang bagi Anugerah Inovasi TUDM Kategori Pengurusan Teknologi Maklumat.
4. Anugerah Inovasi TUDM Kategori Pengurusan Kewangan.
Johan : Flait Materiel, Skn 323 TUDM Bukit Lunchu dengan projek bertajuk Sistem 3P (Pengurusan Proses Pembayaran).

Naib Johan : Cawang Materiel, PU Kuala Lumpur dengan projek bertajuk Pengurusan Aset – Towards Accident.

5. Anugerah Inovasi TUDM Kategori Pengurusan Pelanggan.
Johan : INSPRA dengan projek bertajuk e- Nota.

Naib Johan : Cawang Materiel, PU Subang dengan projek bertajuk Proses Perolehan komponen Alatganti Pesawat VVIP Berstatus AOG.

