Ucapan Tahniah

Ketua Setiausaha 001

Pesawat MiG-29UB (M43-01) Catat Sejarah DuniaPesawat MiG-29UB (M43-01) Catat Sejarah Dunia

KUANTAN, 26 Apr 13 – Pesawat MiG-29UB (M43-01) Two Seater dari No 17 Skuadron telah diakui dan diiktiraf oleh RAC MiG Design Bureau (OEM) sebagai pesawat MiG-29 pertama di dunia mencapai 2000 jam penerbangan. Pengiktirafan ini telah disahkan oleh Designer Engineer dari RAC MiG Design Bureau, Russia ketika melaksanakan pemeriksaan ke atas struktur badan pesawat di Aerospace Technology System Corp (ATSC) Sdn Bhd, PU Kuantan. Pemeriksaan ini telah bermula mulai 16 Apr 13 hingga 27 Apr 13 dan hasil pemeriksaan mendapati pesawat MiG-29UB tersebut masih berkeupayaan untuk beroperasi dengan selamat. Pengiktirafan ini merupakan suatu kebanggaan kepada No 17 Skuadron khasnya dan TUDM amnya di mana pencapaian tersebut telah membuktikan keupayaan juruterbang dan kejuruteraan untuk menerbangkan dan menyelenggara pesawat dengan selamat sehingga mencapai jam penerbangan yang banyak.

Ministry of Defence 002

bangladesh 002

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM
Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

KUALA LUMPUR, 16 Apr 13 – Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif yang berlangsung selama dua hari bermula 15 Apr 13 telah melabuhkan tirai pada petang tadi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang bertanding telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr Hj Ismail bin Hj Ahmad di Auditorium Wisma Pertahanan. Dalam pertandingan kali ini, kumpulan BIG BAG dari Sekolah Sukan, Institut Latihan Tentera Udara telah berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori pengurusan dengan mempertandingkan peralatan dan teknik menurunkan berat badan melalui Program Pengurusan Penurunan Berat Badan TUDM. Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Timbalan KSU, YBhg Dato’ Jalil Marzuki, Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM dan YBhg Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail yang mewakili Panglima Tentera Darat.

Perasmian Pertandingan Dan Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perasmian Pertandingan Dan Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perasmian Pertandingan Dan Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Perasmian Pertandingan Dan Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

KUALA LUMPUR, 15 Apr 13 – Pertandingan Dan Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pertahanan Tahun 2013 telah diadakan bermula pada 15 Apr sehingga 16 Apr 13.  Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj. Ahmad pada pagi tadi bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan. Turut hadir ke majlis perasmian ialah Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan. Unit-unit yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut telah mempamerkan hasil rekaan masing-masing di Foyer Wisma Pertahanan.

France 002

Embassy USA 001
Embassy USA 002Embassy USA 003

Saudi Arabia 001